Terma dan syarat-syarat permohonan temu janji atas talian PERKESO
*Nota : BAGI PERMOHONAN FAEDAH PENCEN ILAT, PEMOHON BOLEH TERUS HADIR SECARA WALK-IN KE PEJABAT PERKESO TANPA TEMU JANJI. WALAU BAGAIMANAPUN PEMBUKAAN KAUNTER PEJABAT PERKESO ADALAH TERTAKLUK KEPADA SYARAT-SYARAT DAN PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN), KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM), JAWATANKUASA PANDEMIK COVID-19 PERKESO DAN ARAHAN YANG BERKUATKUASA.
- Slot temu janji adalah terhad, sekiranya tarikh dan masa yang dipilih telah penuh, pemohon perlu membuat pilihan lain.
- Permohonan boleh dilakukan satu (1) hari awal dari tarikh temu janji dan sehingga enam (6) bulan dari tarikh semasa, walau bagaimanapun tertakluk kepada kekosongan.
- Permohonan akan terbatal sekiranya tarikh temu janji jatuh pada tarikh cuti kelepasan am, cuti peristiwa atau cuti yang diumumkan oleh kerajaan secara mengejut dan permohonan baharu perlu dibuat semula.
- Pemohon perlu berada di pejabat PERKESO sekurang-kurangnya lima belas (15) minit sebelum waktu temu janji. PERKESO berhak untuk membatalkan temu janji sekiranya lewat. Permohonan baharu perlu dibuat semula.
- Pemohon perlu memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap semasa hadir ke pejabat PERKESO semasa sesi temu janji. Borang-borang dan senarai semak boleh diperolehi melalui pautan https://www.perkeso.gov.my/mengenai-kami/sumber/borang-borang.html
- Sekiranya pemohon mempunyai simptom seperti demam, batuk dan selesema, pemohon tidak dibenarkan hadir berurusan dan perlu membuat permohonan temu janji semula.
- Permohonan temu janji di PERKESO adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jawatankuasa pandemik Covid-19 PERKESO dan arahan yang berkuatkuasa.
- Permohonan melalui temu janji atas talian ini adalah percuma dan PERKESO tidak pernah melantik ejen atau mana-mana individu sebagai orang tengah dalam sebarang urusan berkaitan dengan tuntutan faedah, bayaran caruman termasuklah permohanan temu janji atas talian.